SELAMAT DATANG KE BLOG ZARRA !

SELAMAT DATANG KE BLOG ZARRA !

Khamis, 21 Februari 2013

PENGENALAN RESDUNG !!!





Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


''Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

****************************



''PENGENALAN TENTANG RESDUNG'' 

'' Tahukah anda setiap tahun berjuta-juta orang di dunia dijangkiti resdung.Penyakit ini sudah tentu menyukarkan kehidupan seharian anda.Hal ini juga membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut.Ini kerana mereka yg menhidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas''



Apa itu RESDUNG ?


Resdung (sinutisis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yg memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Tanda -Tanda menghidap  RESDUNG ?

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir keluar dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata.
  • Sakit tekak yg berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan.
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

            

Punca RESDUNG ?
  •  Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  •  Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin di akibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yg ''senget'' tidak lurus (deviated nasal septum) risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung.Kuman atau bakteria yg berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.Rongga sinus yg terdapat di dalam tulang pipi (dikenali senagai maxillary sinus) merupakan rongga yg paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yg kotor serta laut yg tercemat turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ini tidak berjangkit pada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.                                                                             
         

Apakah penyebab sebenar RESDUNG mengikut ''Sudut Pandangan Perubatan Moden ?
  • Menurut Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan pembedahan leher, alahan hidung berlaku apabila selaput hidup membran mukus, telunga tengah dan tekak menbengkak kerana menghidu debunga kulat, haiwan tertentu, hama dan habuk serta perubahan cuaca.
  • Apabila itu berlaku, hidung akan bertindak balas dengan benda asing tersebut menyebabkan simptom seperti selsema, bersin, gatal mata dan hidung berterusan.
  • Jika alahan hidung di biarkan berterusan, ia akan menyebabkan komplikasi seperti rongga sinus tersumbat.Rongga sinus yg bertindak untuk pengudaraan terhalang dan menyebabkan bakteria terperangkap, sinutisus dan nanah terkumpul seterusnya meningkatkan risiko jangkitan telinga tengak atau kegagalan Tiub Euschasian kepada pesakit.
  • Pada peringkat ini pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan